Isnin, 22 November 2010

Tips Temuduga : Etika Ketika Temuduga

Sebagai perkongsian maklumat kepada yang memerlukan..

1. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
2. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
3. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
4. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
5. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
6. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
7. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
8. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
9. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
10. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
11. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
12. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

Rabu, 20 Oktober 2010

Pembentangan Bajet 2011: Teks Ucapan


Untuk sesiapa yang terlepas daripada menonton siaran langsung Bajet 2011, boleh la download teks ucapan Datuk Seri Najib untuk Bajet 2011. Anda juga boleh melayari laman web rasmi Perbendaharaan Malaysia.
Dalam pembentangan Bajet 2011 ini, yang paling menarik perhatian saya ialah pembinaan menara 100 tingkat yang akan dijangka siap pada 2015. Menara yang dinamakan sebagai Menara Warisan itu akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. Saya cuma berharap agar pembinaan menara ini bukan satu pembaziran.

Ciri-ciri Blog Yang Kurang Digemari


Kita blogger baru? Tak ternama? Mesti pernah terdetik dalam hati kita kan, kenapalah blog aku ni tak ramai orang lepak-lepak. Komen pun tak banyak. Tak cukup bagus ke entri aku tulis ni? Bila masuk blog-blog yang ternama, kita terfikir. Apalah yang hebat sangat blog mamat/minah ni sampai ada 1,000 follower. Sama je macam blog aku. Kita pun cepat je buat kesimpulan, emm.. sebab dia ni model/artis kot, itu trafik blog tak putus-putus.

Tapi pernahkah kita terfikir..Walaupun kita seorang blogger, kita juga seorang pembaca. Takkan nak baca blog sendiri je.Kita mesti sibuk nak komplen pasal blog tu, blog ni. Padahal kita pun bukannya bagus sangat. So, untuk entri ni saya nak berkongsi idea mengenai ciri-ciri blog yang kurang digemari oleh pembaca-pembaca.

1. Font CAPS LOCK - cth : SAYA KURANG SEHAT HARI INI.
2. Font colourful (Tulisan WARNA-WARNI)
3. Lagu autoplay
4. Entri tiada perenggan
5. Tiada gambar
6. Lambat load, banyak widget
7. Tulisan kecik sangat
8. Tulisan sekejap besar sekejap kecik + sekejap besar - cth : saYa KuRAng SiHAtLAh

Jadi..sama-samalah kita berusaha untuk membangunkan blog yang mempunyai ciri-ciri yang di sukai ramai.

Sumber: http://ohmalaysia.com/ciri-ciri-blog-yang-kurang-digemari/

Selasa, 19 Oktober 2010

7 Ciri Cemerlang Orang yang Positif (Berjaya)


Artikel motivasi ini memaparkan ciri-ciri, sikap-sikap dan sifat-sifat atau jati diri cemerlang orang-orang (pemimpin / usahawan) yang positif.

1. Semakin Tercabar, Semakin Kuat

Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah, laksana timah atau lilin; apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai!


2. Melihat Peluang Dalam Kegawatan


Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dalam kegawatan!

3. Sentiasa Berusaha Bersungguh-sungguh

Seseorang yang positif berpegang kepada falsafah: kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Fokusnya ialah untuk mencapai kejayaan; mencapai matlamat yang telah ditetapkannya dengan penuh kesungguhan dan keberanian.

4. Tidak Menyalahkan Keadaan

Seseorang yang positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.

5. Sentiasa Mencari Jalan Memperbaiki Diri
Orang yang positif sedar bahawa apa yang dilihat sebagai terbaik pada hari ini mungkin hanya dinilai sebagai sederhana saja sepuluh tahun akan datang. Oleh kerana itu, orang yang positif tidak henti-henti mencari jalan untuk membaiki kehidupannya.

6. Mendengar Dahulu Pendapat Orang Lain
Orang-orang yang positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bahawa, bila orang mengecam, tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.

7. Sentiasa Bangun Apabila Terjatuh

Orang yang positif tidak gemar dengan sikap berputus asa. Orang yang positif memandang sesuatu kegagalan itu pada sudut positif. Mereka memandang kegagalan sebagai guru terbaik dalam konteks mencapai kejayaan.


Oleh kerana itu, orang-orang yang positif walau betapa teruk pun mereka jatuh akan terus berusaha untuk bangun semula serta berusaha mengukir kejayaan yang lebih besar daripada sebelum mereka mengalami kegagalan / kejatuhan.

Oleh itu, janganlah sekali-kali berputus asa. Sikap berputus asa adalah amalan syaitan. Allah mencintai makhluk-makhlukNya yang positif dan cekal serta sentiasa memohon keredaanNya. Insya-Allah.

Isnin, 18 Oktober 2010

Apakah Itu Blog?

Blog juga adalah satu jenis laman web. Namun, berbeza dari laman web biasa, artikel-artikel baru harus sentiasa ditambah dari masa ke semasa. Ada yang menulis blog setiap minggu, dan ada juga yang menulis blog setiap hari. Dalam blog juga, pembaca boleh memberikan komen dan maklum balas terhadap hasil tulisan anda.

Tidak dapat dinafikan bahawa kini, blog lebih cepat popular berbanding laman web biasa. Jadi, lebih ramai orang yang mula untuk membuat blog dengan pelbagai tujuan, antaranya ialah:

•Sebagai diari dan catatan harian
•Tempat berkongsi ilmu pengetahuan
•Berbicara hal politik

Antara contoh-contoh blog adalah Saifulislam yang mengajak kita berfikir, Affuan.net yang memberi tips tentang bisnes Internet, dan juga KNizam Artwerk yang membawa anda ke tempat-tempat makan yang menarik. Tak lupa juga pada SembangKomputer.com yang mengandungi banyak tips-tips mengenai komputer.

Adakah anda perlu menjadi seorang pakar IT untuk memulakan blog? Tidak sama sekali! Cukuplah jika anda pandai menaip dan menggunakan Internet, anda sudah mampu untuk memiliki sebuah blog.

Sumber: http://sembangkomputer.com/apa-itu-blog/

TAHUKAH ANDA; Bahaya Pengaruh Facebook

Beberapa pengaruh penggunaan dan penyalahgunaan Facebook yang telah dikenalpasti. Kesan positif..? sudah pastinya semua orang tahu, tapi kesan negatif..? adakah kita mahu ambil tahu ? Fikir-fikirkan, ANDA.. jangan menjadi salah seorang mangsa pengaruh facebook tersebut.

1. Kurangnya waktu untuk belajar dan mengerjakan tugas
2. Berkurangnya perhatian terhadap keluarga
3. Kurangnya waktu untuk bersosialisasi dan berinteraksi secara langsung dengan
orang lain dan lingkungan
4. Membuat lupa waktu sehingga pola hidup tidak teratur
5. Masyarakat terbiasa melakukan hal-hal yang praktis, sehingga tidak termotivasi
untuk melakukan hal-hal yang sulit.
6. Tersebarnya data penting yang tidak semestinya
7. Pornografi
8. Perselisihan faham / Fitnah
9. Mengganggu kesihatan
10. Penipuan

sumber: http://halil4.wordpress.com/2010/04/13/dampak-fcebook-bagi-remaja/

Isnin, 4 Oktober 2010

Motivasi & Anda

Hidup ini perlukan motivasi. Tidak kira di tempat kerja, di rumah, pejabat, persatuan dan apa sahaja, anda memerlukan motivasi. Lebih penting lagi apabila kita menjalankan perniagaan internet, kita perlu sentiasa bermotivasi untuk meneruskan perniagaan internet dengan jayanya. Bila kita tidak bermotivasi, banyak kerja yang tidak menjadi. Bila motivasi merosot, kita perlu lakukan sesuatu dengan segera supaya ia tidak menjejaskan rekod prestasi kita selama ini. Dari manakah datangnya motivasi? Adakah dari ceramah, buku atau kaset motivasi?

Sebaik-baik sumber motivasi adalah datangnya daripada ANDA sendiri. Diri anda adalah pengerak motivasi terbaik. Amalkan bertanya pada diri sendiri “KENAPA AKU PERLU BERJAYA DALAM PERNIAGAAN INI?” Besarkan persoalan KENAPA?. BAGAIMANA akan menjadi mudah. Inilah renungan yang terbaik untuk anda mengekalkan motivasi diri. Ingat! Anda adalah penentu kejayaan anda!

4 Tips Mengekalkan Motivasi Diri

1-Berdoa
Berdoa kepadaNYA mengenai impian kita dan secara langsung kita akan terus mengulangi matlamat kita. Jangan malu untuk memohon kepadaNYA. Selepas berdoa kita akan berasa lebih tenang dan bersemangat kerana kita sedar kejayaan kita ditentukan oleh Yang Maha Kuasa.

2-Sentiasa Membaca Matlamat Kita
Ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan motivasi diri. Bacalah matlamat anda berulang-ulang kali. Tulis matlamat anda di kertas dan tampalkan di cermin, pintu peti sejuk atau di mana sahaja tempat yang membolehkan anda lihat selalu.

3-Bercakap Dengan Diri Sendiri
Anda boleh mengadap cermin dan melaung-laungkan kata semangat kepada diri sendiri. Anda juga boleh mencabar diri anda sendiri dengan tujuan membina motivasi diri. Selalu menggunakan ayat-ayat yang membina motivasi seperti “Saya bertuah menjadi diri ini”, “Saya merupakan usahawan internet yang hebat!”, “Saya berasa hebat hari ini!”. Lakukan setiap hari dan lihat bagaimana ia mengubah anda. Elak sepenuhnya daripada menggunakan kata-kata negatif yang menjatuhkan diri anda.

4-Membaca Kisah Kejayaan Orang Lain
Kisah-kisah kejayaan seringkali sarat dengan kisah bagaimana manusia berjaya mengharungi dan menentang segala kemungkinan, bagaimana mereka mengalami kegagalan dan tidak pernah mengaku kalah. Selepas membacanya, anda akan rasa begitu bersemangat untuk terus berusaha untuk menjadi seperti mereka. Secara tidak sedar, ini akan menyala dan membarakan lagi motivasi anda.

Itulah antara 4 tips untuk mengekalkan motivasi diri. Yang paling penting dalam hidup ini ialah; sentiasalah berfikiran positif. Pandanglah sekeliling anda dengan pandangan yang positif. Bersangka baik dengan apa yang Tuhan tetapkan, kerana ia adalah salah satu penyejuk jiwa. Harus diingat, menerima ketentuan dan pertimbangan daripada Tuhan adalah salah satu daripada kepercayaan kita. Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah dan kebijaksanaannya.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Tahukah anda: INTERNET HARI INI

Internet dikuatkuasa oleh perjanjian komersil dwi- atau berbilang pihak dan spesifikasi teknikal (protokol yang menerangkan tentang pemindahan data antara rangkaian). Protokol-protokol ini disediakan berdasarkan perbincangan Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet (Internet Engineering Task Force - IETF) yang terbuka kepada umum. Badan ini mengeluarkan dokumen yang dikenali sebagai RFC (Request for Comments). Sebahagian daripada RFC dijadikan piawaian Internet oleh Lembaga Rekabentuk Internet (Internet Architecture Board - IAB). Protokol-protokol Internet yang sering digunakan adalah seperti TCP/IP, UDP, DNS, PPP, SLIP, ICMP, POP3, IMAP, SMTP, HTTP, HTTPS, SSH, Telnet, FTP, LDAP dan SSL.

Beberapa perkhidmatan popular di Internet yang menggunakan protokol di atas, ialah e-mel, Usenet, Newsgroup, perkongsian fail, Jaringan Sejagat (WWW), Gopher, WAIS, finger, IRC, MUD, dan MUSH. Di antara semua ini, e-mel dan Jaringan Sejagat paling kerap digunakan, dan lebih banyak perkhidmatan yang dibina berasaskannya, seperti senarai mel dan blog. Internet memungkinkan adanya perkhidmatan masa-sebenar seperti radio web dan siar web, yang boleh dicapai di seluruh dunia.

Beberapa perkhidmatan Internet popular yang berdasarkan sistem proprietari ialah seperti IRC, ICQ, AIM, CDDB, Torrent dan Gnutella.

Sebuah pembekal maklumat Internet sejagat comScore melaporkan bahawa jumlah pengguna unik Internet mecapai aras 1 bilion pada Disember 2008. Mengikut perangkaan penyelidikannya, Asia-Pasifik mempunyai bilangan pengguna Internet paling ramai dengan 41 peratus, diikuti oleh Eropah (28 peratus), Amerika Utara (18 peratus), Amerika Latin (7 peratus) dan akhir sekali Timur Tengah & Afrika (bersama 5 peratus). China menggungguli senarai mengikut negara dengan 17.8 peratus pelayar Internet sedunia. Mengikut senarai tapak web yang dilawati pula, Google berada di kedudukan teratas dengan 778 juta pelawat unik. Ini diikuti dengan Microsoft, Yahoo, AOL dan Wikipedia dengan projek kembarnya.


Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Internet

Rabu, 8 September 2010

PETUA...LOADING LEBIH LAJU

Hanya dengan 1 klik, LOADING akan lebih laju dari biasa

Mungkin Add on FireFox ini sudah lama, dan juga sudah ramai yang ketahuinya. Tetapi jika anda belum ketahuinya, maka teruskanlah membaca. Disini saya hendak kongsikan satu Add-On FireFox yang memang diperlukan oleh kita semua. Ianya dapat melajukan loading web browser kita dengan kelajuan 2X lebih laju daripada biasa (standard).

Caranya cukup mudah, anda hanya perlu ikut langkah ini :

1. Download plugin ini di https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/327
2. Install plugin tersebut.
3. Restart Browser FireFox anda (tutup browser dan buka semula)
4. Pergi ke menu Tools dan pilih Tweak Network Setting
5. Klik butang POWER dan apply dan klik OK.

Sekarang anda lihat adakah browser anda semakin laju?? Atau masih lembab??
Saya sudah mencubanya, memang lebih laju dari biasa. Sebelum ini saya membuat tweak manual. Tetapi dengan add on ini, ianya lebih mudah kan?

SUMBER: sollehpolysas

Isnin, 6 September 2010

Pulang Di Hari Raya

Salam 1 Malaysia..

Dikesempatan ini, ingin sekali saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua kawan2 SPsiKS. Sepanjang kita bersama, segala gurau senda, tawa tangis dan susah senang menelaah ilmu demi satu impian, saya sebagai makhluk tuhan..sudah pastinya pernah menggores perasaan dari kata-kata, perilaku dan apa jua perkara yang terlebih dan terkurang. Dengan rasa rendah hati..Dari Jauh Ku Pohon Maaf atas kekhilafan diri ini terutamanya kepada Pakcik dan Boy. Saya banyak bercakap apabila bersama, dan saya tau banyak cakap maknanya banyak silapnya. Ampun Maaf di Pinta..Lagu Raya ini untuk semua kawan SPsiKS.

Pulang Di Hari Raya -Noorkumalasari

Oh

Gembira
Rasanya Hati Pengembara
Dapat Pulang
Bersua Dengan Yang Tersayang

Bersyukurlah
Pada Tuhan Yang Masa Esa
Dapat Kita
Merayakan Bersama-sama

Di Hari Mulia Ini
Kususun Sepuluh Jari
ku Kini Telah Kembali
Padamu Yang Menanti

Selamat Hari Raya
Hari Yang Bahagia
Selamat Hari Raya
Ampun Maaf Dipinta

Indah Nian
Desa Yang Lama Kutinggalkan
Kerinduan
Seakan Memanggil KuPulang

Suasana
Sungguh Meriah Di Sini Sana
Segalanya
Berseri Indah Berhias Rupa

Khamis, 2 September 2010

PERTUKARAN TARIKH PENTING KELAS SPsiKS Sems 7

Seronoknya...tidak lama lagi nak raya ni. Tapi bila difikir-fikirkan balik...pening kepala pun ada. Mana tidaknya, lepas raya ni..berbaris tarikh-tarikh penting dan perkara yang perlu diberi perhatian:
  
  • 19 Sept 2010 (Ahad) - Ujian Kerjaya & Penempatan (MiZ Pat)huhuhu-dah lepas seksa
  • 02 Sept 2010 (Sabtu Pagi) tarikh barulah- Ujian Psikologi Abnormal (MiZ Norzihan)
  • 02 Sept 2010 (Sabtu Petang) tarikh baru juga- Ujian Teknologi Internet (MdM Salmah) 
  • 02 Sept 2010 (Sabtu Malam) tarikh baru juga ni- Ujian Kaunseling Industri (SiR Wan Anor)

Bagi Kuliah Penaksiran sudah ada tarikh ujiannya iaitu pada 03 Sept

Demam ujianlah nampaknya kali ini.Oleh itu kawan-kawan semua, jangan lupa study ya..raya-raya juga...belajar jangan lupa..hehehe

Salam Ramadhan, Salam Hari Raya Aidil Fitri dan Salam Ujian kepada kawan PsiKs Sems 7.

Khamis, 26 Ogos 2010

Pesanan buat suami - Jika isteri menangis...

isteri menangis dihadapanmu, “Hargailah ia sebelum terlewat.”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu…
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi,
dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa egonya .

Wahai suami2…
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu,
disaat kau terperuk terlalu dalam.
Wahai suami2…
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya…
mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu,
saat dia menangis keranamu…
lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan sakitnya
yang disebabkan perbuatanmu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik kelembutanya dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
Tutur katanya merupakan kebenaran…
senyumannya adalah semangat bagi orang yang dicintainya…
pelukan dan ciumannya bisa memberi kehangatan
bagi kamu dan anak2mu…

Dia tersenyum bila melihat temannya tertawa…
dia terharu dan menangis
bila melihat kesengsaraan pada org2 yg dikasihinya…
dia mampu tersenyum dibalik kesedihannya…
dia sangat gembira melihat kelahiran…
dia begitu sedih melihat kematian..
Titisan air matanya bisa membawa perdamaian.
Tapi dia sering dilupakan oleh suami kerana 1 perkara.
Bahawa “betapa berharganya dia”.

Sabtu, 21 Ogos 2010