Selasa, 19 Oktober 2010

7 Ciri Cemerlang Orang yang Positif (Berjaya)


Artikel motivasi ini memaparkan ciri-ciri, sikap-sikap dan sifat-sifat atau jati diri cemerlang orang-orang (pemimpin / usahawan) yang positif.

1. Semakin Tercabar, Semakin Kuat

Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah, laksana timah atau lilin; apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai!


2. Melihat Peluang Dalam Kegawatan


Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dalam kegawatan!

3. Sentiasa Berusaha Bersungguh-sungguh

Seseorang yang positif berpegang kepada falsafah: kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Fokusnya ialah untuk mencapai kejayaan; mencapai matlamat yang telah ditetapkannya dengan penuh kesungguhan dan keberanian.

4. Tidak Menyalahkan Keadaan

Seseorang yang positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.

5. Sentiasa Mencari Jalan Memperbaiki Diri
Orang yang positif sedar bahawa apa yang dilihat sebagai terbaik pada hari ini mungkin hanya dinilai sebagai sederhana saja sepuluh tahun akan datang. Oleh kerana itu, orang yang positif tidak henti-henti mencari jalan untuk membaiki kehidupannya.

6. Mendengar Dahulu Pendapat Orang Lain
Orang-orang yang positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bahawa, bila orang mengecam, tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.

7. Sentiasa Bangun Apabila Terjatuh

Orang yang positif tidak gemar dengan sikap berputus asa. Orang yang positif memandang sesuatu kegagalan itu pada sudut positif. Mereka memandang kegagalan sebagai guru terbaik dalam konteks mencapai kejayaan.


Oleh kerana itu, orang-orang yang positif walau betapa teruk pun mereka jatuh akan terus berusaha untuk bangun semula serta berusaha mengukir kejayaan yang lebih besar daripada sebelum mereka mengalami kegagalan / kejatuhan.

Oleh itu, janganlah sekali-kali berputus asa. Sikap berputus asa adalah amalan syaitan. Allah mencintai makhluk-makhlukNya yang positif dan cekal serta sentiasa memohon keredaanNya. Insya-Allah.

8 ulasan:

  1. tips diatas saya selalu amalkan...mgkin saya ni sbhgian dr org cemerlang kot..hehehe..

    BalasPadam
  2. Baguslah..kekadang kita ni tdak sdar apa yg kita telah buat..kalau boy ada ciri2 di atas..boy sebhgian drpd org BERJAYA.

    BalasPadam
  3. Ya betul. kadang-kadang kita tidak perasan yang kita sebenarnya mempunyai salah satu ciri-ciri diatas tp bila baca blog Mala ai rupa-rupanya ada jugak ciri-ciri itu pada aku...Kes perasan ni he3..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah

    semoga kita semua dapat memahami dan manafaat dari 7 ciri2 orang yang cemerlang. Namun alangkah baiknya jika 7 ciri utama itu digabungkan dengan 7 lagi ciri2 orang yang cemerlang di sisi Allah mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasul. Marilah kita sama2 mencari dan berkongsi maklumat apa ciri2 itu.

    BalasPadam
  5. saya skong TU PAKCIK...HIDUP PAKCIK..HEHEH

    BalasPadam
  6. sekadar baca saja memang senangkan tapi nak melaksanakannya..adoi..tapi belum cuba belum taukan..

    BalasPadam
  7. Langkah ke arah kecemrlangan memerlukan semangat yang waja. Betullah...apabila jatuh kita harus bangun. Mendengar pendapat orang lain agar tidak menganggap kita telah sempurna. Alhamdulillah...hampir semua teman ada ciri di atas. Mestilah, jika tidak belum tentu dapat bertahan belajar hingga kini sambil bekerja.

    BalasPadam