Isnin, 4 Oktober 2010

Motivasi & Anda

Hidup ini perlukan motivasi. Tidak kira di tempat kerja, di rumah, pejabat, persatuan dan apa sahaja, anda memerlukan motivasi. Lebih penting lagi apabila kita menjalankan perniagaan internet, kita perlu sentiasa bermotivasi untuk meneruskan perniagaan internet dengan jayanya. Bila kita tidak bermotivasi, banyak kerja yang tidak menjadi. Bila motivasi merosot, kita perlu lakukan sesuatu dengan segera supaya ia tidak menjejaskan rekod prestasi kita selama ini. Dari manakah datangnya motivasi? Adakah dari ceramah, buku atau kaset motivasi?

Sebaik-baik sumber motivasi adalah datangnya daripada ANDA sendiri. Diri anda adalah pengerak motivasi terbaik. Amalkan bertanya pada diri sendiri “KENAPA AKU PERLU BERJAYA DALAM PERNIAGAAN INI?” Besarkan persoalan KENAPA?. BAGAIMANA akan menjadi mudah. Inilah renungan yang terbaik untuk anda mengekalkan motivasi diri. Ingat! Anda adalah penentu kejayaan anda!

4 Tips Mengekalkan Motivasi Diri

1-Berdoa
Berdoa kepadaNYA mengenai impian kita dan secara langsung kita akan terus mengulangi matlamat kita. Jangan malu untuk memohon kepadaNYA. Selepas berdoa kita akan berasa lebih tenang dan bersemangat kerana kita sedar kejayaan kita ditentukan oleh Yang Maha Kuasa.

2-Sentiasa Membaca Matlamat Kita
Ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan motivasi diri. Bacalah matlamat anda berulang-ulang kali. Tulis matlamat anda di kertas dan tampalkan di cermin, pintu peti sejuk atau di mana sahaja tempat yang membolehkan anda lihat selalu.

3-Bercakap Dengan Diri Sendiri
Anda boleh mengadap cermin dan melaung-laungkan kata semangat kepada diri sendiri. Anda juga boleh mencabar diri anda sendiri dengan tujuan membina motivasi diri. Selalu menggunakan ayat-ayat yang membina motivasi seperti “Saya bertuah menjadi diri ini”, “Saya merupakan usahawan internet yang hebat!”, “Saya berasa hebat hari ini!”. Lakukan setiap hari dan lihat bagaimana ia mengubah anda. Elak sepenuhnya daripada menggunakan kata-kata negatif yang menjatuhkan diri anda.

4-Membaca Kisah Kejayaan Orang Lain
Kisah-kisah kejayaan seringkali sarat dengan kisah bagaimana manusia berjaya mengharungi dan menentang segala kemungkinan, bagaimana mereka mengalami kegagalan dan tidak pernah mengaku kalah. Selepas membacanya, anda akan rasa begitu bersemangat untuk terus berusaha untuk menjadi seperti mereka. Secara tidak sedar, ini akan menyala dan membarakan lagi motivasi anda.

Itulah antara 4 tips untuk mengekalkan motivasi diri. Yang paling penting dalam hidup ini ialah; sentiasalah berfikiran positif. Pandanglah sekeliling anda dengan pandangan yang positif. Bersangka baik dengan apa yang Tuhan tetapkan, kerana ia adalah salah satu penyejuk jiwa. Harus diingat, menerima ketentuan dan pertimbangan daripada Tuhan adalah salah satu daripada kepercayaan kita. Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah dan kebijaksanaannya.

3 ulasan:

  1. Salam Maya...

    amat tepat apa yang Maya perkatakan, motivasi perlu bagi setiap individu, ianya ibarat 'check n balance' agar kita terus ke hadapan dengan langkah kejayaan dan kemuliaan, apa jua yang dirancang dan apa jua yang dicapai jangan lupa akan ketentua Ilahi...ingat usaha perlu disusuli dengan tawakal.

    sukses selalu.

    BalasPadam
  2. salam kak..
    patut pun kakak sentiasa bersemangat dan bermotivasi..ingatkan minum milo rupanya nescafe susu..bagi tahan mengantuk kan kak..hehehe..keep it up sis..chaiyo...chaiyo...

    BalasPadam
  3. ngam betul ini artikel..sesuai utk mcm saya yg kurang bermotivasi..hehehe

    BalasPadam